7/15/2010

TEKNIK MENGGELAKKAN RASA MENGANTUK

Ramai pelajar menghadapi masalah mengantuk. Di antara faktor-faktor
yang boleh menyebabkan mengantuk ialah:-

a. keletihan
b. terlalu kenyang
c. kurang tidur I tabiat tidur di waktu slang
d. hilang tumpuan, jemu/bosan
e. suasana bilik darjah yang panas, cahaya terlalu terang dan bising
e. kesan makanan yang dimakan
f. berumur/masalah kesihatan
g. pengambilan bahan psikotropik bagi penyakit selsema, batuk, daran tinggi,
lemah jantung, ubat penenang dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan jika mengantuk

a) senaman b) basuh muka c) mandi
d) minum kopi e) tidur

Senaman merupakan cara yang paling sesuai jika anda berada dalam kelas dan terpaksa mengikuti pengajaran guru. Senaman yang boleh dilakukan tanpa bergerak dari kerusi ialah senaman muka dan senaman anggota badan.

1. Senaman muka

Contoh senaman muka iaitu bahagian mata adalah seperti berikut:

a) Pejamkan mata seberapa kuat yang boleh dan hitung sehingga 10. Ulangi
dengan pantas sebanyak 3 kali.

b) Buka mata seluas yang mungkin dan pandang ke atas sejauh yang mungkin tanpa
menggerakkan kepala. Hitung hingga 10. Lakukan sebanyak 3 kali.

c) Ubah pandangan ke bawah sejauh mungkin tanpa menggerakkan
Kepala dan hitung sehingga 10. Lakukan sebanyak 3 kali.

d) Jeling ke kiri dan ke kanan sebanyak 10 kali sepantas mungkin. Lakukan
sebanyak 3 kali.

e) Jika masih mengantuk, putarkan mata mengikut pusingan jam tanpa
menggerakkan kepala sebanyak 3 kali. Ubah pusingan melawan jam dan
lakukan sebanyak 3 kali.

f) Selepas senaman mata, biarkan mata releks beberapa ketika, kemudian barulah
membuat tumpuan semula.

( Jika berasa pening hentikan aktiviti dengan segera)

2. Senaman anggota badan
Anggota badan yang boleh digerakkan ialah tangan, kepala, bahu, lutut
dan kaki.

a) Genggam kuat-kuat jari tangan anda kira-kira 30 saat. Kemudian lepaskan
perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan perjalanan darah anda. Ulangi
aktiviti sehingga 3 kali.

b) Pandang ke hadapan. Dongakkan kepala anda sejauh yang mungkin sehingga anda
dapat merasakan ketegangan di bahagian belakang tengkuk anda. Hitung hingga 10. Kemudian kembalikan kedudukan kepala anda kepada kedudukan yang asal (tegak
dan memandang ke hadapan).

c) Lakukan seperti gerakan (b) untuk arah yang lain iaitu ke bawah, ke kiri dan
ke kanan.
d) Tolak bahu anda ke hadapan sejauh yang mungkin. Hitung sehingga 10. Balik
semula kepada kedudukan asal. Kemudian tolak bahu anda sejauh mungkin ke
belakang dan hitung sehingga 10.

e) Bagi anggota kaki, anda boleh gerakkan dengan memusing-musing pergelangan
kaki, membengkok dan meluruskan lutut serta melipat dan meluruskan semula
kaki.

f) Jika semua aktiviti telah dijalankan tetapi anda masih Iagi mengantuk maka
anda perlu bangun dan membasuh muka. Semasa dalam perjalanan untuk membasuh
muka, bolehlah menggerak-gerakkan tangan, kepala, bahu dan kakl. Jangan
lepaskan peluang untuk menyedut udara bersih dengan membuat senaman
pernafasan. Pastikan perjalanan anda terus ke bilik air dan bukannya
melencong ke tempat lain.

g) Tindakan meninggalkan kelas semasa pengajaran sedang berjalan merupakan
pilihan terakhir kerana anda terpaksa menghadapi risiko ketinggalan beberapa
maklumat penting yang sedang disampaikan oleh guru. OIeh itu, pastikan
anda mengambil masa yang paling minimum untuk membasuh muka dan janganlah
cuba mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa
berada di bilik air !!!
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini