1/18/2011

TERIMA KASIH…. CIKGU

TERIMA KASIH…. CIKGU

Warga SKUJ merakamkan rakaman setinggi-tinggi penghargaan kepada dua orang guru yang telah menyumbang jasa dan bakti di sekolah ini dan kini meneruskan meneruskan tugas di sekolah lain.

En Ismail dan En Mohd Shah kini telah bertugas di SKTeriang dan SK Kuala Klawang dan semoga perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan di sekolah ini akan diteruskan di sekolah baru, bersama semangat yang baru dan keazaman yang lebih kental dari sebelumnya.

Tiada hadiah yang berharga dapat disumbangkan melainkan rakaman penghargaan dan ucapan terima kasih atas budi danjasa yang disumbangkan tanpa mengira waktu.

Dari kami warga SKUJ……. Terima kasih Cikgu
Posted on by SK Undang Jelebu

1/05/2011

Selamat kembali Ke SKUJ

Salam 1 Malaysia,
Kembali mengembara ke daerah ilmu ini berbekal keazaman dan tekad baru.Dalam usaha menghasilkan lonjakan perdana untuk sekolah tercinta.Kepada warga baru SK Undang Jelebu, selamat datang dan terima kasih kerana sudi menjadi warga SKUJ.Semoga kehadiran anda membawa seribu rahmat buat sekolah ini. Kepada warga SKUJ yang sedia selamat meneruskan perjuanganyang belum selesai, kembali meredah onak dan duri serta ranjau dunia pendidikan yang kadang kala menjanjikan seribu harapan dan ada kalanya menjanjikan seribu kesuraman. Namun,langkah harus diatur, visi harus digapai. Biar sekuat mana dugaan sekalipun. Atur langkah untuk kebaikan dan kita baiki semua kelemahan yang mungkin wujud.Masa yang berlalu tidak akan menunggu kita. keputusan cemerlang 2011 haruslah menjadi kenyataa.Bukan igauan. Selamat berjuang
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini