5/03/2012

HARI KOKURIKULUM SKUJ 2012


SK Undang Jelebu akan menganjurkan HARI KOKURIKULUM 2012 pada 19 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Sehubungan dengan itu, pihak SK Undang Jelebu
mempelawa semua bekas-bekas pelajar, ibubapa dan orang ramai untuk hadir dan memeriahkan Hari Kokurikulum sambil menyaksikan pertandingan Kawad Kaki, Masakan Medan, Pertandingan Menyelamat, Model Akhbar, Model Gejet.

Pihak Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga akan mengadakan jualan untuk mencari dana PPKI dalam melaksanakan pelbagai program PPKI. Pengunjung boleh menikmati jualan yang disediakan sambil menikmati peluang untuk mendapat cabutan nombor bertuah apabila membeli di gerai PPKI. Pelbagai hadiah menanti pengunjung untuk dimenangi.

SELAMAT DATANG KE HARI KOKURIKULUM SK UNDANG JELEBU
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini