2/20/2015

PENAIKTARAFAN LAMAN WEB SEKOLAH

   Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kita warga SKUJ dapat menaiktaraf kembali laman web rasmi sekolah kepada antaramuka yang lebih menarik dan isi yang lebih terkini.

   Terima kasih di atas bantuan para guru dan pelajar yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam proses pembikinan laman web ini. Blog ini(skujns.blogspot.com) adalah blog rasmi manakala laman web rasmi sekolah kita adalah



1)Laman Web Rasmi SKUJ (LAMA)



2)Laman Web Rasmi SKUJ kini




Diharap kita semua warga SKUJ dapat menunggu hari pelancarannya dengan sabar dan berdoa agar penghidupan semula laman web rasmi sekolah berjaya. Sebelum itu, pihak saya minta maaf sekiranya ada kekurangan dek kerana kebatasan waktu. Insyallah segalanya berjalan dengan lancar . Amin
Posted on by SK Undang Jelebu

2/17/2015

SKUJ Juara .. Tahniah!

           Tahniah dan syabas pada anak -anak SKUJ dan guru-guru SKUJ di atas kejayaan menjadi Juara Daerah Merentas Desa Kategori L 12 dan Juara Daerah Rugbi Kategori Bawah 12 Tahun. Tahniah juga diucapkan diatas kejayaan mendapat tempat dalam pertandingan lain walaupun bukan bergelar Juara .




Posted on by SK Undang Jelebu

2/12/2015

KUNJUNGAN ALUMNI SKUJ

SKUJ dikunjungi oleh dua orang bekas pelajar dari sesi 1973 semalam. Kehadiran mereka adalah untuk menghimbau semula nolstagia bersama di SKUJ suatu masa dahulu. Admin sempat berbual dan bercerita tentang senario SKUJ pada zaman persekolahan mereka dahulu dan ternyata gambar yang digantung di Galeri Sejarah adalah gambar mereka berdua.


Justru itu pihak pengurusan galeri mengalu-alukan bekas pelajar atau guru untuk menyumbangkan bahan-bahan yang dimiliki dan mempunyaikaitan dengan SKUJ untuk disumbang atau dipinjamkan kepada pihak galeri sebagai bahan pameran. Mereka yang berminat boleh berhubung dengan Guru Besar di talian 06 6136243
Posted on by SK Undang Jelebu

2/11/2015

Mesyuarat Agung Kokurikulum SKUJ 2015

Hari ini berlansungnya Mesyuarat Agung Kokurikulum SKUJ  dari jam 2 petang hingga 5 petang tadi. Harapan agar pelajar dapat memilih pemimpin-pemimpin yang berwibawa dikalangan mereka. Dan yang meyandang jawatan dapat menjalani dengan penuh tanggungjawab.Amin
Posted on by SK Undang Jelebu

2/02/2015

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini