1/30/2015

KOKURIKULUM SKUJ

Tunas Kadet Remaja Sekolah
Pasukan ini kerap menjadi wakil untuk pertandingan kawad kaki SR

Pasukan ini kerap menjadi wakil pertandingan Kawad Kaki SR
ke peringkat negeri

Pasukan ini kerap mewakili sekolah untuk program daerah dan negeri




Posted on by SK Undang Jelebu

1/20/2015

Proses Tranformasi 3K SKUJ

Nampaknya warga SKUJ berlumba-lumba menceriakan kelas dan bilik khas. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses PDP. Paling menonjol pra sekolah dan tahun 1. Ternyata menyerlah. Tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat memainkan peranan dalam proses ini.


Keindahan itu mententeramkan. Cuma SKUJ perlu menjalani proses "hijau" semula. Pokok-pokok bunga nampaknya belum lagi segar dan merimbun. Kita mengharapkan agar kontraktor baru ini boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menghijaukan suasana SKUJ.


Apapun TAHNIAH buat yang berusaha melestarikan SK Undang Jelebu
Posted on by SK Undang Jelebu

1/13/2015

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

Salam 1 Malaysia,

Sesi persekolahan 2015 bermula sudah biarpun ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir. SKUJ bertuah kerana jauh dari segala bentuk bencana dan kekal seperti sebelumnya. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kesejahteraan yang diberikan.

Selamat datang kepada warga baru SK Undang Jelebu. Terima kasih kepada mereka yang telah berjasa selama ini dalam usaha meletakkan SKUJ pada tempat yang sesuai sebagai sekolah terbesar di Jelebu.
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini