7/19/2010

MENGATASI FOBIA

Bagi mengatasi perasaan fobia, anda perlu belajar untuk berehat dan menenangkan fikiran, jadi secara beransur-ansur anda berupaya menghadapi situasi ataupun objek yang menakutkan dan tidak berasa takut.
Beberapa langkah untuk mengatasi fobia:-

1. Kenalpasti apa sebenarnya yang menakutkan anda, sama ada terhadap objek ataupun situasi. Apakah ada sesuatu di sebalik sebab ataupun perkara silam yang membuatkan anda mengelakkan diri daripada objek ataupun situasi tersebut? Apakah yang anda dapat dengan mengelakkan diri daripadanya? (selain daripada mengelak dari perasaan takut dan keresahan yang keterlaluan).

2. Belajar bagaimana untuk berehat dan menenangkan fikiran. Ada beberapa cara untuk melakukannya. Contohnya; tarik nafas sedalam-dalamnya selama 6 saat dan kemudian hembus keluar perlahan-lahan selama 6 saat. Lakukannya selama 5 minit setiap hari, tambah sehingga 20 minit dalam masa berikutnya.

3. Buat senarai bermula daripada objek ataupun situasi yang paling menakutkan - contohnya melintas jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat. Kemudian tuliskan apakah objek ataupun situasi yang kurang menimbulkan kebimbangan, contohnya melintas di kawasan pejalan kaki.

4. Sambung semula membuat senarai perkara-perkara yang kurang menimbulkan kebimbangan berbanding dengan perkara silam - contohnya melintas di jalan raya yang besar dan sibuk kemudian melintas di jalan yang kecil dan kurang sesak, dan lain-lain lagi.

5. Berehat dengan menggunakan pelbagai cara yang anda telah amalkan. Bermula dengan perkara yang kurang menimbulkan kebimbangan dalam senarai semak (yang terakhir), bayangkan diri anda betul-betul berada di dalam situasi tersebut seboleh mungkin sambil menarik/menghembus nafas dan duduk berehat.

6. Teruskan kepada perkara yang berikutnya (setingkat di atas) dalam senarai semak. Bayangkan anda berada di dalam situasi tersebut sambil berlatih merehatkan diri dan menenangkan fikiran anda.

7. Lakukan semua perkara yang telah disenaraikan, bayangkan diri anda berada di dalam situasi tersebut sambil berlatih untuk berehat dan bertenang. Anda boleh beralih kepada perkara lain setelah berjaya berasa tenang ketika membayangkan perkara yang silam. Jika salah satu daripada situasi tersebut menimbulkan kebimbangan yang keterlaluan, hentikan senaman ini dan ulangi semula kemudian. Mulakan mengikut senarai yang terdahulu dan buatlah penilaian sebaik yang mungkin. Ia akan mengambil masa beberapa sesi sebelum anda mendapat kemajuan sehingga ke senarai teratas.

8. Tuliskan semua perasaan yang anda alami ketika menghadapi perasaan fobia seperti, "Saya akan mati", "Saya mengalami sakit jantung" ataupun "Saya tidak boleh bernafas".

9. Tuliskan alternatif perasaan yang boleh membantu anda merasa tenang seperti "Saya tidak akan mati". "Saya boleh bernafas" atau "Saya boleh berehat".

10. Dalam kehidupan sebenar, letakkan diri anda di dalam situasi yang kurang menimbulkan kebimbangan dalam senarai (perkara terakhir) dan berlatih merehatkan diri dan menenangkan fikiran seperti yang anda bayangkan. Beritahu kepada diri sendiri berbagai alternatif perasaan yang dapat membantu menenangkan keadaan anda.

11. Lakukan sendiri untuk mengatasi perasaan takut terhadap sesuatu objek atau situasi di samping berlatih berada dalam keadaan tenang dan berehat.
Panduan:

• Jika situasi semakin mencabar, adalah disyorkan agar anda berjumpa dan berbincang tentang segala langkah yang harus diambil dengan psikoterapis. Seorang psikoterapis boleh mengajar anda bagaimana untuk berehat, membantu anda mengatasi fikiran yang negatif dan menolong anda merasa selamat ketika menghadapi perasaan fobia.

Amaran:-

• Dapatkan bantuan professional jika perasaan fobia anda mengganggu kehidupan seharian anda ataupun menyebabkan penderitaan yang ketara.

• Bersedia untuk meneruskan usaha walaupun gagal berulang kali.

• Segala maklumat ini bukanlah bertujuan menjadi pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan yang professional atau rawatan.
Posted on by SK Undang Jelebu

7/15/2010

TEKNIK MENGGELAKKAN RASA MENGANTUK

Ramai pelajar menghadapi masalah mengantuk. Di antara faktor-faktor
yang boleh menyebabkan mengantuk ialah:-

a. keletihan
b. terlalu kenyang
c. kurang tidur I tabiat tidur di waktu slang
d. hilang tumpuan, jemu/bosan
e. suasana bilik darjah yang panas, cahaya terlalu terang dan bising
e. kesan makanan yang dimakan
f. berumur/masalah kesihatan
g. pengambilan bahan psikotropik bagi penyakit selsema, batuk, daran tinggi,
lemah jantung, ubat penenang dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan jika mengantuk

a) senaman b) basuh muka c) mandi
d) minum kopi e) tidur

Senaman merupakan cara yang paling sesuai jika anda berada dalam kelas dan terpaksa mengikuti pengajaran guru. Senaman yang boleh dilakukan tanpa bergerak dari kerusi ialah senaman muka dan senaman anggota badan.

1. Senaman muka

Contoh senaman muka iaitu bahagian mata adalah seperti berikut:

a) Pejamkan mata seberapa kuat yang boleh dan hitung sehingga 10. Ulangi
dengan pantas sebanyak 3 kali.

b) Buka mata seluas yang mungkin dan pandang ke atas sejauh yang mungkin tanpa
menggerakkan kepala. Hitung hingga 10. Lakukan sebanyak 3 kali.

c) Ubah pandangan ke bawah sejauh mungkin tanpa menggerakkan
Kepala dan hitung sehingga 10. Lakukan sebanyak 3 kali.

d) Jeling ke kiri dan ke kanan sebanyak 10 kali sepantas mungkin. Lakukan
sebanyak 3 kali.

e) Jika masih mengantuk, putarkan mata mengikut pusingan jam tanpa
menggerakkan kepala sebanyak 3 kali. Ubah pusingan melawan jam dan
lakukan sebanyak 3 kali.

f) Selepas senaman mata, biarkan mata releks beberapa ketika, kemudian barulah
membuat tumpuan semula.

( Jika berasa pening hentikan aktiviti dengan segera)

2. Senaman anggota badan
Anggota badan yang boleh digerakkan ialah tangan, kepala, bahu, lutut
dan kaki.

a) Genggam kuat-kuat jari tangan anda kira-kira 30 saat. Kemudian lepaskan
perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan perjalanan darah anda. Ulangi
aktiviti sehingga 3 kali.

b) Pandang ke hadapan. Dongakkan kepala anda sejauh yang mungkin sehingga anda
dapat merasakan ketegangan di bahagian belakang tengkuk anda. Hitung hingga 10. Kemudian kembalikan kedudukan kepala anda kepada kedudukan yang asal (tegak
dan memandang ke hadapan).

c) Lakukan seperti gerakan (b) untuk arah yang lain iaitu ke bawah, ke kiri dan
ke kanan.
d) Tolak bahu anda ke hadapan sejauh yang mungkin. Hitung sehingga 10. Balik
semula kepada kedudukan asal. Kemudian tolak bahu anda sejauh mungkin ke
belakang dan hitung sehingga 10.

e) Bagi anggota kaki, anda boleh gerakkan dengan memusing-musing pergelangan
kaki, membengkok dan meluruskan lutut serta melipat dan meluruskan semula
kaki.

f) Jika semua aktiviti telah dijalankan tetapi anda masih Iagi mengantuk maka
anda perlu bangun dan membasuh muka. Semasa dalam perjalanan untuk membasuh
muka, bolehlah menggerak-gerakkan tangan, kepala, bahu dan kakl. Jangan
lepaskan peluang untuk menyedut udara bersih dengan membuat senaman
pernafasan. Pastikan perjalanan anda terus ke bilik air dan bukannya
melencong ke tempat lain.

g) Tindakan meninggalkan kelas semasa pengajaran sedang berjalan merupakan
pilihan terakhir kerana anda terpaksa menghadapi risiko ketinggalan beberapa
maklumat penting yang sedang disampaikan oleh guru. OIeh itu, pastikan
anda mengambil masa yang paling minimum untuk membasuh muka dan janganlah
cuba mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain semasa
berada di bilik air !!!
Posted on by SK Undang Jelebu

Bahan Muat Turun

Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan di:
http://sites.google.com/site/downloadskuj/home/r
Posted on by SK Undang Jelebu





Posted on by SK Undang Jelebu

7/13/2010

BAGAIMANA HENDAK MEMINTA MAAF

Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan latihan dan disertai dengan pemberian hadiah.
Langkah-langkah:

1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan
meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa
dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada
menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata
yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan
ia berlalu.

Panduan-panduan:

• Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap
perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
• Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa
bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk
menjernihkan suasana.
• Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan
berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda
meminta maaf.
Posted on by SK Undang Jelebu

10 KUNCI KEPADA PERSAHABATAN YANG BAIK


  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini