1/21/2010

Mesyuarat JK PIBG 2010


Pada 20 Januari lalu, telah berlangsung mesyuarat JK PIBG yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Ustaz Abdul Ghani Sentol, Pengerusi PIBG SK Undang Jelebu. Turut hadir ialah Guru Besar Cemerlang, En Zulkifli, Penolong-penolong Kanan dan juga ajk PIBG yang lain.
Antara yang diperbincangkan adalah tentang sumbangan PIBG untuk membantu pihak sekolah, Kejohanan Olahraga dan beberapa program lain yang akan menjadi agenda utama SKUJ pada tahun 2010.
Penglibatan yang menyeluruh oleh semua yang berkait rapat dengan pihak sekolah diharapkan dapat memberikan nafas baru kepada SKUJ untuk mengharungi cabaran melahirkan anak-anak didik yang cemerlang di kalangan yang terbilang
Posted on by SK Undang Jelebu

"Demam Sukan Telah Bermula"

Pelajar-pelajar sedang bersedia untuk latihan sukan

Mini Stadium Jelebu yang akan menjadi medan pertarungan antara rumah-rumah sukan

Aktiviti pemanasan sedang dijalankan oleh pelajar

Keriuhan sewaktu latihan kembali menggegarkan SK Undang Jelebu. Rumah-rumah sukan yang terlibat kembali menyusun strategi latihan untuk memastikan pencapaian yang maksium. Di Mini Stadium Jelebu, Padang kecil berhampiran Balai Undang kembali menyaksikan pelbagai latihan dijalankan. Dari acara padang hinggalah ke acara balapan.



Latihan untuk rumah-rumah sukan diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Waktu kegiatan kokurikulum dimanfaatkan untuk memastikan semua pelajar akan terlibat dan penglibatan yang berlaku juga secara maksimum. Pendek kata, semua akan terlibat.

Cikgu Azali dan Cikgu Ismail kembali mengharungi kesibukan untuk menyediakan pelbagai peralatan, tempat dan acara sebelum kejohanan berlangsung pada 20 Februari 2010 kelak. Padang kembali disukat dan ditandakan, gelanggang-gelanggang yang perlu dinaik taraf, dibaiki dan diselenggara. Syabas cikgu!
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini