2/25/2010

Kejohanan Olahraga Dwi Tahunan SKUJ 2010











Pada 20 Februari lalu telah berlangsung kejohanan olahraga dwi tahunan sekolah. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi telah disempurnakan oleh YB Dato Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang juga ADUN Kuala Klawang. Empat buah rumah telah bertanding untuk meraih gelaran sebagai rumah sukan terbaik di samping bersaing merebut gelaran dalam acara-acara yang telah dipertandingkan.

Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn Hj Amir Sharifuddin Hj Ahmad, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPNS. Rumah Laksamana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan ini




Posted on by SK Undang Jelebu

2/12/2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Warga SKUJ mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut perayaan ini. Semoga kemeriahan Tahun Baru Cina ini disambut dengan penuh keriangan. Selamat Bercuti kepada Warga SKUJ
Posted on by SK Undang Jelebu

2/11/2010

Sudah bermula...... gema sorakan kemenangan










Dataran Ilmu digegarkan oleh teriakan dan sokongan dari penyokong rumah-rumah sukan. Acara sukaneka yang merupakan acara pertama Siri Sukan Dwi Tahunan 2010 berlangsung seawal jam 8.00 pagi disertai oleh semua lapisan warga SK Undang Jelebu. Dari yang sekecil-kecil di Pra-Sekolah hingga ke tahun 6 berentap menunjukkan kemahiran dan ketangkasan masing-masing dalam usaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Guru-guru Rumah Sukan dan Guru Kelas bertungkus lumus mengatur strategi agar rumah masing-masing dinobatkan sebagai pemenang. Semuanya berlangsung di dalam semangat kesukan yang tinggi dan penuh keceriaan.
Pada sebelah petang pula, acara padang pula di langsungkan. Antara acara yang berlangsung ialah Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Apa yang terbisik dari khabar-khebar tidak rasmi, ada rekod lama sekolah yang berjaya dipecahkan oleh pelajar tahun ini. TAHNIAH!!
Posted on by SK Undang Jelebu

2/04/2010

Kehangatan Sukan Semakin Terasa















Atlit telah diplih dan dilatih. Pasukan kawat kaki telah memulakan latihan. Sukaneka juga telah mula menjalani latihan. Jadual pertandingan sebelum sukan juga telah di keluarkan. Kehangatan untuk bersaing telah mula terasa. Auranya meresapi jiwa dan semangat semua yang terlibat. Baik guru mahupun pelajar.
Di mana-mana sahaja kelihatan peserta menjalani latihan pada waktu yang ditetapkan. Segalanya akan bermula selasa ini. Pertarungan akan berlangsung. Akan menentukan siapa juara mutlak bagi tahun 2010.
Ketua-ketua rumah sukan telah menyenaraikan nama-nama ayam tambatan masing-masing. Apakah rumah Dato Laksamana akan kekal menjadi Johan. Atau akan ada rumah lain yang akan dinobatkan sebagai juara baru. 20 Februari akan menjadi saksi. Siapakah yang terhebat di kalangan yang terhebat
Posted on by SK Undang Jelebu

Penafian

SK Undang Jelebu tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya sewaktu melayari laman ini